Saturday, March 28, 2009

pemBAziran yg meLamPau..

16 mac..

hari ini aktiviti di mulakan dengan Malaysia cergas..Dalam pada itu,kami di arahkan untuk menyanyikan lagu dari setiap universiti dan kolej..Dan kami dari Uitm telah menyanyikan lagu Uitm mDi Hatiku..Seterusnya,aktiviti camp craft di teruskan hari ini telah masuk hari ketiga..Berlaku sedikit masalah apabila kami di arahkan supaya mengubah tapak khemah peralatan atas sebab tidak sesuai..dan kerja2 pengalihan di lakukan..

Dalam pada masa itu,kami telah melakukan kesalahan di mana kami telah menbazir.Pembaziran itu bukan sedikit,tetapi di dalam kuantiti yang banyak..Sapa tengok pun mesti marah..Nasi.Yap itu lah nasi.Makanan rutin yg telah kami bazirkan.Nasi ini di tanak dengan kurang air dan tidak cukup masak yg akhirnya menjadi mentah..Kami di beri pilihan untuk menghabiskan nasi itu dengan apa cara sekalipun..
Iqbal sebagai penghulu pd masa itu memberi cadangan nasi itu di berikan kepada ternakkan orang kampung seperti ayam ,itik dan lembu..
Setelah selesai melakukan denda,kami meneruskan kerja camp craft dan dalam pada masa itu kami leka apabila penghulu kami tidak balik sehingga waktu ptg..Sehingga malam iqbal masih lagi belum balik dan ini sudah boleh di nyatakan bahawa iqbal telah hilang..
Moral cerita ini,janganlah kita membazir kerana rezeki yg sudah ada di depan mata ini boleh hilang sekelipmata..Dan terakhir,hidup berkumpulan haruslah sentiasa peka dengan kewujudan ahli kumpulan..

laWak diNGin paGi..


15 mac..

cerita ni lawak ini terjadi bila 3orang peserta (ayed,yazid dan bob)..pg ini tasik chini memulakan tugas dengan sentry..baru 5 minit melakukan rondaan di kawasan penempatan,tiba2 diri ternampak ayed dtg dlm keadaan tergesa2..ayed mengejutkan semua org.pelik gak..kecian kitaorang,baru nak lelapkan mata..haha..it's coming!!..Tekaan diri betul..semua peserta berkumpul dan di arahkan mengambil life jaket..dan..gedebuSSh..kami di arah untuk masuk ke kolam.. dari jauh t'dengar suara 30rang td bersama2 melaungkan kata2 pujangga..kelakar sungguh mereka "kawan2 dah siap belum??kawan2 sejuk k tak??hahahaha.."ayed terserlah penyesalan di muka nya..

moral di sebalik cerita ini,bila hidup berkumpulan,bila seorang melakukan kesalah ia akan melibatkan 1 kumpulan,tempiasnya akan dirasai oleh semua..

tapi ayed,diri da maafkan daa,tapi bagus jugak kena rendam pg tu sebab dah 1hari suntuk buat keja camp craft sampai terlupa nak mandi kan??but the way,hari ni still tak siap lagi kerja2 mendirikan khemah dan ada yang belum cukup sempurna..

Friday, March 27, 2009

FinaL CaMp bermula..


14 mac,pada pagi ini diri telah bersiap sedia untuk menghadapi final camp dengan harapan dapat mengharungi semua cabaran semasa tiba nanti.Janda Baik merupakan tempat yg di tuju..Lebih kurang pukul 9 pg kami bertolak dari UiTM Shah Alam.Dengan mengunakan 3 buah bas dan 2 buah lori kami membelah arus bandar menuju ke tempat yg di tuju..


Lebih kurang 2 jam perjalanan kami tiba di Janda Baik.Seterusnya,kami bergerak ke tapak perkhemahan.Seperti yg telah di beritahu,kami harus menebas semua dan membersihkan kawasan daripada di kelilingi oleh lalang yg tebal.Seterusnya kerja2 untuk setiap bahagian khemah seperti khemah pusat,dapur,peralatan,tandas,penempatan dan pam.tapi agak mengecewakan apabila kerja pada hari pertama hanya siap 30 peratus.Masih banyak kerahan tenaga di perlukan untuk menyiapkan semua.lebih kurang pukul 1 pg kami di arahkan untuk tidur..

extRemLY X caMP story..


13 mac 2009, Jumaat

hari ini seperti 1st camp,kami di kuanritin di kolej kenanga.segala persiapan kami lakukan bersama2 bermula dari pentas dan penyediaan dewan.seronok sebab semua berjalan dengan lancar pada majlis perasmian..Tepat jam 4 petang,kesemua peserta dari kolej INSTEDT dan SHAHPUTRA selamat tiba di pekarangan kolej kenanga.Pada sebelah malam telah di adakan sesi ice breaking oleh peserta dan fasilitator.

Saturday, March 21, 2009

BeraKhiRnyA...

22 mac 2009...
hari ini aktiviti yg di lakukan hanyalah pekara yg menenangkan fikiran..setelah penat lelah selama 4minggu sebelum ini akhirnya berakhir dengan tamatnya final dengan sempurna..
selepas ini diri akan sisipkan cerite sepanjang semasa di camp..tapi buat masa sekarang biarlah diri berehat dulu..terlampau penat..

Monday, March 2, 2009

TeGuRaNnn MeNbiNa..

Hari ini merupakan kali pertamameting untuk camp selepas 1st camp lepas..

Banyak benda yang di bincangkan..

Sebagai biro peralatan tugas kali in i lebih mencabar kerana final camp memerlukan lebih banyak barang daripada 1st camp,dan kali ini diri akan dibantu oleh solihin yg mengambil alih tugas daripada fakirrudin (cat)..Cat tidak dapat mengikuti final camp kerana kesihatan dirinya yg belum betul2 pulih..Cat kami doakan semoga cat cvepat sembuh k..

Berbalik kepada meting td,kami di tegur oleh ahli drpd PERLU tentang masalah komunikasi diantara kami dan kami akui dan menerima ia sebagai satu pengajaran untuk memperbaikki lagi hubungan claz kami..

Sebelum balik kami sekelas telah mengadakan sesi post-mortem di mana semua ahli claz meluahkan segala perasaan yang terpendam dan rasa hati masing2..

Semoga dengan adanya post-mortem yg telah di buat ini dapart mengeratkan lagi dan memperbaiki lg hubungan komunikasi antara kami..
Dan kepada kak E'll,thanks sebab menarik kami kembali dari terus di bawa arus kealpaan yang kami cipta sendiri tanpa kami sedari..