Sunday, July 5, 2009

maNja saNGat koT...

Hari ini dan semalam diri terlibat dengan pendaftaran pelajar lama dan pelajar serapan diploma digree..Dalam dua hari ini,pelbagai kerenah yang timbul..Antaranya yang diri dapat perhatikan ada di kalangan pelajar ini terlalu manja.Diri mengatakan ini kerana,semasa hari pendaftaran ibu bapa sahaja yang bertungkus lumus,ke sana ke mari mencari maklumat dan bertanya,tetapi pelajar sekadar mendiamkan diri dan menyerahkan pekara ini bulat2 kepada orang tua mereka.Pelajar hanya tunggu di luar sedangkan ibu bapa di dalam bilik pendaftaran.(macam ibu bapa pula yang akan duduk di kolej)..Apalah salahnya pelajar juga turut serta.Hendak di katakan tidak tahu, macam mustahil pula kerana semua maklumat telah di berikan dengan jelas..Atau malu?tapi malu bertanya sesat jalan.pelajarnya pula mengambil kos yang di mana mereka perlu berhadapan dengan orang ramai.Jikalau hari pendaftran pun ibu bapa yang menyelesaikan,bagaimana pula jika mereka belajar dan berkerja kelak..Atau ini salah ibu bapa sendiri yang terlalu obses dengan anak,terlalu risau tentang anak..Allahhu'alam

Saturday, July 4, 2009

sePanJang CuTiii....


















sepanjang cuti sem ni,macam2 yang diri dengar dari kawan2 sekelas yang bosan dengan hanya duduk di rumah sahaja..Diri juga begitu,tapi alhamdulliah dapat juga diri penuhi cuti ini dengan aktiviti berfaedah setiap minggu bersama keluarga..mengutip buah2an,memancing di kebun kelapa sawit,kenduri kawin,ke pantai,BBQ dan sedikit majlis makan2 yang di buat setiap hujung minggu cukup bermakna..adik beradik masing2 sibuk berkerja tapi apabila masa yang ada di gunakan dengan baik.Alhamdullilah,ia berbaloi,dapat juga mengubat rindu pada keluarga..

Friday, June 12, 2009

menDeBaRrrkaNN...

Akhirnya keluar juga keputusan peperiksaan..
Alhamdulillah,keputusan yang diri terima baik..
Tapi belum cukup untuk dapat yang cemerlang..
Semoga kawan2 kelas yg lain juga turut sama mendapat keputusan yang cemerlang..

Thursday, June 11, 2009

Lama menYepi....








Salam ukhwah semua..

maafkan diri kerana berdiam diri terlalu lama..Masalah kesihatan dan kekangan masa memenuhi ruang2 kosong sehingga tiada masa terluang..

27.5 masing2 sibuk dengan masum masing2.tal ketinggalan diri juga..

Alhamdullilah,pasukan sofbol kami mengekalkan kejuaraan..Pelbagai peristiwa yang berlaku,menarik dan menghiburkan..
Banyak kenangan di sepanjang kejohanan ini..
Semoga pada tahun hadapan diri dapat lagi menyertai kejohanan ini bersama UiTM Foxes!!

Wednesday, April 29, 2009

ReLeaSe teNSioN..

Aku gelisah..
Aku resah..
Kenapa..??
Kenapa ini semua berlaku..??
Apakah salah ku..??
Sengsara hidup ku menanggung penderitaan ini..
Sengsara hidup ku menanggung seksaan ini..
Tolonglah aku..
Tolonglah aku...
Aku lapar...

Sunday, April 26, 2009

aKan tiBa....

Dalam kesibukkan mengulangkaji pelajaran,diri cuba mencuri masa untuk meninjau blog-blog rakan sekelas..Alhamdulillah,rakan masih lagi aktif dalam blog biarpun peperiksaan bakal menjelang tiba..jadi macam mana persiapan kawan-kawan yang lain? Diri harab semua sudah bersedia dari segi fizikal dan mental.. Diri berharab agar kepada diri dan semua rakan sekelas akan dapat menduduki peperiksaan dengan keadaan yang sihat sehingga peperiksaan yang terakhir..Selamat menjawab!!!

Saturday, April 11, 2009

RenuNGan..


Sesegar air rimbunan embun membasahi diri..

Menyikap kembali segala dosa-dosa diri kepada-Nya..

Masih ada lagi kah ruang-ruang diri untuk kembali kapada-Nya..

Kepulan asap-asap syaitan yang di rejam keluar perlahan-lahan..

Hasutan mu tidak lagi ku dengari..

Hatiku ini bukan kamu kuasai..

Hanya Dia,hanya Dia kini.

Dia segala-galanya sekarang..

Aku merindukan-Nya..

Bawalah aku kembali kepada-Nya secepat mungkin..

Agar tiada lagi dosa-dosa yang akan aku lakukan..

Agar dapat aku meninggalkan dunia ini yang semakin melupakanMu..

Agar aku dapat meninggalkan dunia yang semakin di nodai dengan pekara-pekara aib..

Agar aku jauh meninggalkan dunia yang di tumpahi darah-darah manusia yang tidah berdosa..

Ya Allah,bantulah aku hamba mu ini ya Allah..

Pimpinlah aku agar sentiasa di landasanmu..

Tetapkanlah hatiku hanya untukMu..

Dan semoga aku sentiasa berada di dalam lindunganMu..

Amin..