Sunday, July 5, 2009

maNja saNGat koT...

Hari ini dan semalam diri terlibat dengan pendaftaran pelajar lama dan pelajar serapan diploma digree..Dalam dua hari ini,pelbagai kerenah yang timbul..Antaranya yang diri dapat perhatikan ada di kalangan pelajar ini terlalu manja.Diri mengatakan ini kerana,semasa hari pendaftaran ibu bapa sahaja yang bertungkus lumus,ke sana ke mari mencari maklumat dan bertanya,tetapi pelajar sekadar mendiamkan diri dan menyerahkan pekara ini bulat2 kepada orang tua mereka.Pelajar hanya tunggu di luar sedangkan ibu bapa di dalam bilik pendaftaran.(macam ibu bapa pula yang akan duduk di kolej)..Apalah salahnya pelajar juga turut serta.Hendak di katakan tidak tahu, macam mustahil pula kerana semua maklumat telah di berikan dengan jelas..Atau malu?tapi malu bertanya sesat jalan.pelajarnya pula mengambil kos yang di mana mereka perlu berhadapan dengan orang ramai.Jikalau hari pendaftran pun ibu bapa yang menyelesaikan,bagaimana pula jika mereka belajar dan berkerja kelak..Atau ini salah ibu bapa sendiri yang terlalu obses dengan anak,terlalu risau tentang anak..Allahhu'alam

Saturday, July 4, 2009

sePanJang CuTiii....


















sepanjang cuti sem ni,macam2 yang diri dengar dari kawan2 sekelas yang bosan dengan hanya duduk di rumah sahaja..Diri juga begitu,tapi alhamdulliah dapat juga diri penuhi cuti ini dengan aktiviti berfaedah setiap minggu bersama keluarga..mengutip buah2an,memancing di kebun kelapa sawit,kenduri kawin,ke pantai,BBQ dan sedikit majlis makan2 yang di buat setiap hujung minggu cukup bermakna..adik beradik masing2 sibuk berkerja tapi apabila masa yang ada di gunakan dengan baik.Alhamdullilah,ia berbaloi,dapat juga mengubat rindu pada keluarga..

Friday, June 12, 2009

menDeBaRrrkaNN...

Akhirnya keluar juga keputusan peperiksaan..
Alhamdulillah,keputusan yang diri terima baik..
Tapi belum cukup untuk dapat yang cemerlang..
Semoga kawan2 kelas yg lain juga turut sama mendapat keputusan yang cemerlang..

Thursday, June 11, 2009

Lama menYepi....








Salam ukhwah semua..

maafkan diri kerana berdiam diri terlalu lama..Masalah kesihatan dan kekangan masa memenuhi ruang2 kosong sehingga tiada masa terluang..

27.5 masing2 sibuk dengan masum masing2.tal ketinggalan diri juga..

Alhamdullilah,pasukan sofbol kami mengekalkan kejuaraan..Pelbagai peristiwa yang berlaku,menarik dan menghiburkan..
Banyak kenangan di sepanjang kejohanan ini..
Semoga pada tahun hadapan diri dapat lagi menyertai kejohanan ini bersama UiTM Foxes!!

Wednesday, April 29, 2009

ReLeaSe teNSioN..

Aku gelisah..
Aku resah..
Kenapa..??
Kenapa ini semua berlaku..??
Apakah salah ku..??
Sengsara hidup ku menanggung penderitaan ini..
Sengsara hidup ku menanggung seksaan ini..
Tolonglah aku..
Tolonglah aku...
Aku lapar...

Sunday, April 26, 2009

aKan tiBa....

Dalam kesibukkan mengulangkaji pelajaran,diri cuba mencuri masa untuk meninjau blog-blog rakan sekelas..Alhamdulillah,rakan masih lagi aktif dalam blog biarpun peperiksaan bakal menjelang tiba..jadi macam mana persiapan kawan-kawan yang lain? Diri harab semua sudah bersedia dari segi fizikal dan mental.. Diri berharab agar kepada diri dan semua rakan sekelas akan dapat menduduki peperiksaan dengan keadaan yang sihat sehingga peperiksaan yang terakhir..Selamat menjawab!!!

Saturday, April 11, 2009

RenuNGan..


Sesegar air rimbunan embun membasahi diri..

Menyikap kembali segala dosa-dosa diri kepada-Nya..

Masih ada lagi kah ruang-ruang diri untuk kembali kapada-Nya..

Kepulan asap-asap syaitan yang di rejam keluar perlahan-lahan..

Hasutan mu tidak lagi ku dengari..

Hatiku ini bukan kamu kuasai..

Hanya Dia,hanya Dia kini.

Dia segala-galanya sekarang..

Aku merindukan-Nya..

Bawalah aku kembali kepada-Nya secepat mungkin..

Agar tiada lagi dosa-dosa yang akan aku lakukan..

Agar dapat aku meninggalkan dunia ini yang semakin melupakanMu..

Agar aku dapat meninggalkan dunia yang semakin di nodai dengan pekara-pekara aib..

Agar aku jauh meninggalkan dunia yang di tumpahi darah-darah manusia yang tidah berdosa..

Ya Allah,bantulah aku hamba mu ini ya Allah..

Pimpinlah aku agar sentiasa di landasanmu..

Tetapkanlah hatiku hanya untukMu..

Dan semoga aku sentiasa berada di dalam lindunganMu..

Amin..

Friday, April 10, 2009

iNi laH aKu..

diri di lahirkan di dalam keluarga yang besar..4 lelaki 4 perempuan..anak ke-7 dari 8 adik beradik..kasih sayang emak dan abah cukup bermakna dalam hidup diri..kasih sayang yang membawa diri mengenal erti hidup..Di lahirkan di dalam kelemgkapan yang cukup mebuat diri memanjatkan kesyukuran..tapi tidak pula bagi akak dan abang sebelum ini..pergi ke sekolah dengan berjalan kaki,duit saku hanya sekupang dua,salah sikit di pukul,di marah..Lain pula ceritta diri,pergi ke sekolah berhantar di jemput,dua saku seringgit dua,salah sikit di tegur..Tetapi alhamdulillah,tak pernah diri terfikir untuk mengambil kesempatan..keseronokkan zaman kanak-kanak diri hanya sementara,masa bermain terhad,terasa seperti di sekat..banyak masa kanak-kanak diri habiskan dengan duduk di rumah..ini semua oleh kerana keadaan akak kedua yang sakit secara tiba-tiba..dan diri terpaksa mengantikan segala tugas yang sepatutnya di lakukan oleh orang dewasa..masak,membasuh,kerja-kerja rumah terpaksa diri lakukan dalam usia kecil.Menangis,merengek dan memberontak..ini sahaja yang mampu diri lakukan untuk mengelak membuat kerja-kerja rumah ini.Tapi akhirnya diri juga yang terpaksa lakukan,perhatian mak dan abah lebih kepada akak.layanan kapada akak melebihi diri dan adik..Tapi sekarang ..Umur semakin meningkat semakin banyak benda yang telah diri pelajari..mungkin ini lah hikmahnya dari apa yang berlaku..Melihat keadaan akak yang sakit,membuatkan diri banyak berfikir..akak memang patut mendapat lebih kasih sayang daripada mak dan abah..Diri tidak pernah mencemburui tentang kasih sayang dan perhatian yang di berikan abah dan mak kepada akak sebab diri tahu,mak dan abah memang menyangi anak-anaknya..Mak dan abah telah banyak mengajar diri tentang kehidupan..Nasib yang menimpa keluarga banyak mematangkan diri .Terima kasih mak abah!!!!

Thursday, April 9, 2009

saYoooNaRRrraaaAAA..

Menuju jam 5 ini..kerja-kerja mengemaskini blog akan berakhir..dalam pada masa ini..masih ada lagi pelbagai cerita yang hendak di kongsi oleh rakan sekelas dan diri juga tidak ketinggalan..Pelbagai kenangan yang telah diri sisipkan untuk tatapan bersama sepanjang semesta ini...pahit,manis,tawa dan duka menambahkan lagi corak-corak hidup diri sepanjang sem ini..daripada bilik bawa ke kolej di sambung pula di kelas serta waktu-waktu bersama sepanjang aktiviti,banyak membantu diri dalam mengenal diri sendiri serts keupayaan diri sendiri..rakan sekelas,senior-senior ,ahli PERLU serta alumni,serangkap ucapan terima kasih dari diri..segala bantuan kalian memang tak dapat di balas,semoga kalian sentiasa bersama-Nya..Kepada en.Hisyam terima kasih atas tunjuk ajar yang telah di berikan selama ini.diri meminta halakan setiap ilmu yang telah en. ajarkan dan mudah-mudahan diri dapat mempratikkan setiap apa yang telah en. ajarkan untuk keperluaan diri dan juga membantu orang lain, insya'allah..Dan untuk kawan sekelas,diri cuma mengharapkan hubungan baik antara kita sekelas akan berterusan seperti in dan mudah-mudahan lebih baik lagi..Di samping itu,diri mengharap sangat-sangat agar blog kita ini akan terus di kemaskinikan dari masa ke semasa,anggaplah ini sebagai salah satu alternatif untuk mengeratka lagi hubungan di antara kita..Akhir sekali,selamat menempuhi peperiksaan yang bakal menjelang tiba..Semoga kita semua di permudahkan untuk menjawab ketika peperiksaan akhir nanti..sekian..

Wednesday, April 8, 2009

maSinG-MasiNg..

dalam kesibukan pelbagai test,diri dan rakan sekelas masih ada ruang lagi untuk update blog masing-masing..berlawan-lawan.berlumba-lumba..tapi apa pun sekarang jangan sampai tak study pula..jangan pula kesibukkan mengemaskini blog menegelamkan kita tentang pekara lain yang lebih penting..Dalam pada masa sekarang,dekat-dekatkan lah diri kita dengan-Nya,banyakkan mengingati-Nya dan semoga kita sentiasa berada dekat di sisi-Nya..muda-mudahan..Amin

Tuesday, April 7, 2009

meNUju stuDy wEek..







minggu ini je ada pelbagai kerja dan aktiviti yang perlu diri selesaikan..assigment,test,presentation,latihan,tournment,report..dan semua ini perlu di siapkan dengan kadar segera..masa tidur bukan lagi di fikirkan kerana ini ada lagi pekara yang lebih penting lagi..
4 dan 5 april lalu,diri telah terlibat secara langsung sebagai pemain sofbol UiTM untuk open sofbol UiTM.Alhamdulilah,kemenangan berpihak kepada team UiTM..perlawanan bersaing sengit antara UiTM dan UM,bermain dalam hujan merupakan cabaran..Tapi malangnya diri hanya dapat bermain pada hari sabtu sahaja kerana pada hari ahad diri terpaksa di rehatkan kerana kecederaan pada otot lengan menyukarkan diri untuk membaling bola,diri cuba untuk menahan kesakitan tangan tapi makin di biarkan semakin sakit..jadi atas nasihat coach Kak Hajar,diri di rehatkan..Terima kasih kepada semua team Foxes UiTM..
(kak Janat,kak May,kak Jaa,kak Farah,kak Lin,kak Zila,kak Ikin,kak In,kak Kecik,kak Muna,Angah,Leyla,Farah,Miza,kak Elly)
Dalam pada masa itu,terima kasih diri ucapkan kepada rakan kelas yg hadir memberikan sokongan kepada Team UiTM..seperti zoey,balqis,nad,goku,ika,afiq,din dan abg Dan..

teSt ouTDOor..

30 mac 2009
hari ini 1st test outdoor..huhuuu..gementar juga..tapi alhamdulilah dapat juga jawab..pening juga diri takut2 tak dapat jawab,sebab kesibukkan minggu menuju study week ini banyak kerja yang perlu di selesaikan..tapi test pada petang ini telah di jaga oleh en. Azizul yang mengantikan en.Hisyam yang tidak sihat..semoga en.Hisyam cepat sembuh..

Monday, April 6, 2009

baLik..



20 mac 2009
sebelum subuh semua peralatan kami siapkan kerana jam 8 pagi kerja2 loading barang ke dalam lori akan di lakukan..pelbagai senario semasa mengemas barang..masalah pengakutan menjadi masalah kami pada waktu itu..tapi alhamduliliah semua berjalan dengan lancar.dan menjelang tengahari kami meningalkan Janda Baik dengan kepenatan yang terasa.dan kami berjaya mengharungi hari2 di sana walaupaun di uji..
Setibanya di UiTM pada pukul 2 petang,kerja2 membasuh barang di lakukan secepat mungkin. Tapi malangnya kami gagal menyiapkan semua kerja dan terpaksa di sambung pada keesokan harinya..

21 mac 2009
8.30 pg,waktu yg telah kami janjikan untuk turun ke stor menyiapkan kerja2 membasuh dan mengemas..alhandulilah selesai membasuh,kami mengakat barang menbawa ke stor di kenanga..dam semua barang mencukupi seperti mana yang telah di pinjam..
Seterusnya majlis penutup rasmi final camp..Semoga kita berjumpa lagi...

beLAJar laGI..

19 mac 2009..

menuju hari2 akhir,kami di tekan kan lagi dengan semangat sepasukan. lelongan ahli kumpulan menakutkan kami ,bimbang kehilangan ahli kumpulan.Dan seperti di duga,qus sebagai ahli kumpulan besar kami tasik chini menjadi sasaran.Tapi malangnya kami gagal mendapatlkan qus semula dan qus menjadi sebahagian dripada fasi kami.keesokkannya,aktiviti rafting kami lalui tanpa qus.terasa kelainan apabila salah seorang penghibur kumpulan tiada..berlaku sedikiy peristiwa semasa aktiviti ini,semangant sepasukan dan setia kawan sekali lagi menjadi ujian kapada kami,tatapi kami gagal membawanya kembali..

petang,kembara merupakan aktivi terakhir kami..berjalan-jalan di sekeliling kampung.menyeronokkan..rumah beratap merah,lembu dan pulau sentap merupakan klu setiap tempat yang kami tuju..kelakar apabila fasi gagal menjejaki langkah kami dan kami pergi menuju tempat itu dengan menanyakan org kampung,peramah nya mereka..akhirnya..sampai kami ke laluan air yg agak deras.relax sebentar kami dengan di bawa arus air yg agak deras..perjalanan kami teruskan dan tiba di rumah mak ngah,lapar..kerja2 di lakukan dan makanan merupakan upahnay,bubur kacang!!sedap..dan kami berangkat pulang sebelum wktu magrib.setibanya kami di sana ,membuat strecter merupakan tugasan terakhir kami..WE DID IT!!!

kami merupakan kumpulan terakhir memasuki hutan untuk aktiviti survival..mengantuk..kami lalui hari malam itu dengan bersama2 menjaga api seperti menjaga bayi kecil..dari sini keakrapan kami seperti adik beradik lebih teserlah,kami bertukar tugasan sentry tanpa mengeluh.seperti sudah biasa dengan keadaan ini..berkongsi makan dalam kuantiti yang sikit tidak menjadi halangan kepada kami.sama sikit di kongsi..dan pada waktu petang kami di lepaskan pulang.dan kami merupakan kumpulan pertama di lepaskan dan banyak peluang berehat kami..

malam ini merupakan malam kebudayaan,segala persembahan telah kami reka..dan dalam pada masa itu pelbagai kisah semasa survival kami kongsi bersama..pelik tapi benar..dengan apa yang terjadi pada azraii..semoga selepas ini dia akan lebih kuat lagi..akhir pada malam itu,kami teruskan dengan makan..

caMP crAFt seLESai..

17 mac 2009
hari ini kerja2 camp craft di teruskan..mmg mencabar kerana sudah masuk hari yg ke-4,kami msih gagal untuk menyiapkan campcraft.bukan mudah tapi akhirnya,kami berjaya menyiapkannya pada tengah hari..
Seterusnya pekara yg di tunggu2 muncul jua.Waterfall abseiling!!!
perjalanan kami ckup mencabar sewaktu ke kwsan air terjun.bukit dan cerun kami lalui..dan akhurnya kami tiba dgan selamat.Seterusnya setibanya kami di sana,sedikit taklimat daripada en.Hisyam kami dengar dan seterusnya kami lalui waterfall abseiling dengan berbekalkan ilmu yang telah di ajarkan en.Hisyam dengan arahannya..deras air semasa menuruni cerun air terjun betul2 mencabar fizikal dan mental..
Selepas waktu magrib kami bertolak pulang,dan dlm keadaan gelap kami merentas pulang,licin dan lecak menyukarkan kami berjalan tetapi atas kesabaran dan kerjasama kami ,kami selamat tiba ke tapak perkhemahan hampir pukul 9 mlm..


18 mac 2009
Hari ini seperti biasa aktiviti malaysia cergas dan seterusnya,aktiviti mountain baiking kami mulakan pada pukul 9 pagi.semasa waktu ini diri akui pada mulanya sangat memenatkan kerana cara penggunaa telah diri pelajari semasa kecil dan terpaksa mengenal semula barang2 dan bahagian2 basikal.tepat pukul 10.30pg kami di lepaskan dan pendakian di mulakan.memang mencabar mental kerana diri seolah-olah mahu mengalah kerana mungkin kerana terlalu penat dan mengantuk.Tetapi akhirnya kami berjaya mengharungi aktiviti ini dengan jayanya..
Pada sebelah tengah hari,aktiviti kami teruskan dengan camp craft, memasak antara rutin yg kami lakukan.Dengan pertolongan semua tugas di dapur menjadi mudah dan makanan tengahari dapat di sediakan dengan kuantiti yg cukup dan tepat pada masanya..


low rope course...aktiviti pada petang ini..bermain dengan tali..kepercayaan kawan menguju kami agar menjaga dan menjadi pelindung kepada kawan apabila ia melalui rintangan tali,criss cross,multi vine,monkey cross,high postman,backward tension dan foward tension traverse dan swinging tyres.Alhamdullilah,semua selamat melaluinya..

Saturday, March 28, 2009

pemBAziran yg meLamPau..

16 mac..

hari ini aktiviti di mulakan dengan Malaysia cergas..Dalam pada itu,kami di arahkan untuk menyanyikan lagu dari setiap universiti dan kolej..Dan kami dari Uitm telah menyanyikan lagu Uitm mDi Hatiku..Seterusnya,aktiviti camp craft di teruskan hari ini telah masuk hari ketiga..Berlaku sedikit masalah apabila kami di arahkan supaya mengubah tapak khemah peralatan atas sebab tidak sesuai..dan kerja2 pengalihan di lakukan..

Dalam pada masa itu,kami telah melakukan kesalahan di mana kami telah menbazir.Pembaziran itu bukan sedikit,tetapi di dalam kuantiti yang banyak..Sapa tengok pun mesti marah..Nasi.Yap itu lah nasi.Makanan rutin yg telah kami bazirkan.Nasi ini di tanak dengan kurang air dan tidak cukup masak yg akhirnya menjadi mentah..Kami di beri pilihan untuk menghabiskan nasi itu dengan apa cara sekalipun..
Iqbal sebagai penghulu pd masa itu memberi cadangan nasi itu di berikan kepada ternakkan orang kampung seperti ayam ,itik dan lembu..
Setelah selesai melakukan denda,kami meneruskan kerja camp craft dan dalam pada masa itu kami leka apabila penghulu kami tidak balik sehingga waktu ptg..Sehingga malam iqbal masih lagi belum balik dan ini sudah boleh di nyatakan bahawa iqbal telah hilang..
Moral cerita ini,janganlah kita membazir kerana rezeki yg sudah ada di depan mata ini boleh hilang sekelipmata..Dan terakhir,hidup berkumpulan haruslah sentiasa peka dengan kewujudan ahli kumpulan..

laWak diNGin paGi..


15 mac..

cerita ni lawak ini terjadi bila 3orang peserta (ayed,yazid dan bob)..pg ini tasik chini memulakan tugas dengan sentry..baru 5 minit melakukan rondaan di kawasan penempatan,tiba2 diri ternampak ayed dtg dlm keadaan tergesa2..ayed mengejutkan semua org.pelik gak..kecian kitaorang,baru nak lelapkan mata..haha..it's coming!!..Tekaan diri betul..semua peserta berkumpul dan di arahkan mengambil life jaket..dan..gedebuSSh..kami di arah untuk masuk ke kolam.. dari jauh t'dengar suara 30rang td bersama2 melaungkan kata2 pujangga..kelakar sungguh mereka "kawan2 dah siap belum??kawan2 sejuk k tak??hahahaha.."ayed terserlah penyesalan di muka nya..

moral di sebalik cerita ini,bila hidup berkumpulan,bila seorang melakukan kesalah ia akan melibatkan 1 kumpulan,tempiasnya akan dirasai oleh semua..

tapi ayed,diri da maafkan daa,tapi bagus jugak kena rendam pg tu sebab dah 1hari suntuk buat keja camp craft sampai terlupa nak mandi kan??but the way,hari ni still tak siap lagi kerja2 mendirikan khemah dan ada yang belum cukup sempurna..

Friday, March 27, 2009

FinaL CaMp bermula..


14 mac,pada pagi ini diri telah bersiap sedia untuk menghadapi final camp dengan harapan dapat mengharungi semua cabaran semasa tiba nanti.Janda Baik merupakan tempat yg di tuju..Lebih kurang pukul 9 pg kami bertolak dari UiTM Shah Alam.Dengan mengunakan 3 buah bas dan 2 buah lori kami membelah arus bandar menuju ke tempat yg di tuju..


Lebih kurang 2 jam perjalanan kami tiba di Janda Baik.Seterusnya,kami bergerak ke tapak perkhemahan.Seperti yg telah di beritahu,kami harus menebas semua dan membersihkan kawasan daripada di kelilingi oleh lalang yg tebal.Seterusnya kerja2 untuk setiap bahagian khemah seperti khemah pusat,dapur,peralatan,tandas,penempatan dan pam.tapi agak mengecewakan apabila kerja pada hari pertama hanya siap 30 peratus.Masih banyak kerahan tenaga di perlukan untuk menyiapkan semua.lebih kurang pukul 1 pg kami di arahkan untuk tidur..

extRemLY X caMP story..


13 mac 2009, Jumaat

hari ini seperti 1st camp,kami di kuanritin di kolej kenanga.segala persiapan kami lakukan bersama2 bermula dari pentas dan penyediaan dewan.seronok sebab semua berjalan dengan lancar pada majlis perasmian..Tepat jam 4 petang,kesemua peserta dari kolej INSTEDT dan SHAHPUTRA selamat tiba di pekarangan kolej kenanga.Pada sebelah malam telah di adakan sesi ice breaking oleh peserta dan fasilitator.

Saturday, March 21, 2009

BeraKhiRnyA...

22 mac 2009...
hari ini aktiviti yg di lakukan hanyalah pekara yg menenangkan fikiran..setelah penat lelah selama 4minggu sebelum ini akhirnya berakhir dengan tamatnya final dengan sempurna..
selepas ini diri akan sisipkan cerite sepanjang semasa di camp..tapi buat masa sekarang biarlah diri berehat dulu..terlampau penat..

Monday, March 2, 2009

TeGuRaNnn MeNbiNa..

Hari ini merupakan kali pertamameting untuk camp selepas 1st camp lepas..

Banyak benda yang di bincangkan..

Sebagai biro peralatan tugas kali in i lebih mencabar kerana final camp memerlukan lebih banyak barang daripada 1st camp,dan kali ini diri akan dibantu oleh solihin yg mengambil alih tugas daripada fakirrudin (cat)..Cat tidak dapat mengikuti final camp kerana kesihatan dirinya yg belum betul2 pulih..Cat kami doakan semoga cat cvepat sembuh k..

Berbalik kepada meting td,kami di tegur oleh ahli drpd PERLU tentang masalah komunikasi diantara kami dan kami akui dan menerima ia sebagai satu pengajaran untuk memperbaikki lagi hubungan claz kami..

Sebelum balik kami sekelas telah mengadakan sesi post-mortem di mana semua ahli claz meluahkan segala perasaan yang terpendam dan rasa hati masing2..

Semoga dengan adanya post-mortem yg telah di buat ini dapart mengeratkan lagi dan memperbaiki lg hubungan komunikasi antara kami..
Dan kepada kak E'll,thanks sebab menarik kami kembali dari terus di bawa arus kealpaan yang kami cipta sendiri tanpa kami sedari..

Saturday, February 28, 2009

TiaDa khaBar puN????

Hari ni 28 Feb,maknanya lg 2 minggu final camp akan bermula..
tapi tanda2 final camp mcm takda pun..
kenapa ni kwn2ku sekelian??mcm dh patah semangat je?
Bak kata angah CAMON..!!!!
mgkin sbb korang tertekan dgan perancangan final camp yg mcm tergangu..
kebanyakkan biro2 belum ada tnda2 untuk memulakan kerja..
Jom clazz kiter mulakan langkah seperti bgaimana yg kita buat semasa 1st camp..
Jom kita selasaikan final camp dengan jayanya..
Jom kita jadikan final camp sebagai kenangan team work terbaik kita sekelas..
Ibarat kata2 En. Hisyam mesti semangat jangan semayat!!!

Friday, February 27, 2009

Tasik Shah Alam ...

24 feb yg lepas kami meneruskan aktiviti kayak di tasik shah alam..
wlaupun aktiviti ini di tunda kerana masalah tertentu,akhirnya aktiviti ini berjalan dengan lancar...
pelbagai cara menyelamat yg kami belajar selain teori yg En. Hisyam berikan..
Di bantu oleh abg Shawn dan beberapa ahli alumni yg hadir untuk membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami..
Thanks juga kepada lecture dan ahli PERLU yg datang menbantu..
Pelbagai gelagat yg ada semasa aktiviti kayak,ada yg berlanggar,ada yg nak terbalik pn ada..nasib baik badan masih seimbang..
Thanks kapada Afic yg menjadi patner semasa aktiviti kayak..Best,laju je bot 2 bergerak ..
En Hisyam,kami nak kayak lg....

Thursday, February 26, 2009

GeeRRuunnNN...





pada 17 mac diri di dlam kelas outdoor telah menjalankan aktiviti outdoor ABSEILING..

pada mulanya aktiviti ini seharusnya di ketui oleh cat(Fakir) tapi malangnya kesihatan diri cat masih belum pulih sepenuhnya,dan Solihin dengan rela hati telah menawarkan diri untuk mengantikan tugas sepenuhnya untuk aktiviti abseiling..



Seawal pagi,group lelaki telah bersama2 mengakat barang untuk aktiviti abseiling ini..Antaranya helmet,gloves,boots,knee,ropes,harness,crabs...



Rapping dan run down merupakan aktiviti yg kami buat..



Pada diri aktiviti ini memberikan motivasi kepada diri ttg daya diri,keberanian,percaya diri..



Alhamdulillah,sebab semua aktiviti abseiling ini berjalan dengan lancar tanpa ada apa2 pekarayg buruk berlaku..



Kami puas!!!!

Wednesday, February 18, 2009

Lagi cerita 1st camp


Pagi ini clas nutrition selasai dgn cepat..tapi da satu cerita lawak yg berlaku pagi ini..

Seorang pelajar diri telah tertinggal box pencil kesayangan nya..

Kalau tak silap,ini kali kedua dia meninggalkan box pencilnya..

Kesian dia,mungkin penat 1st camp belum hilang lg..maklumlah,banyak sangat cerita dari kengan dan cerita Lucu..Di tambah pula dengan tugas untuk final camp..Hope pasnie dia lebih berhati-hati..


SAPA PUNYA BOX PENCIL NI??? CEPAT SEBELUM TERLAMBAT!!!!

Sunday, February 15, 2009

Akhirnya...




9 hriblan 2009


Hari ini selesailah 1st camp yg telah di rancang..


ucapan berbanyak terima kasih kepada semua yg terlibat menjayakan 1st camp ini,terutama sekali kepada lecture yg terlibat secara langsung dan tidak langsung,barisan Alumni,para fasi dan instrukter yg terlibat dgan memberi tunjuk ajar serta mengajar kami erti satu kumpulan dan erti hidup susah dan juga merasai nikmat hidup serta alam sekeliling..




Dalam pada itu,En Hisyam sebagai lecture kami tidakdapat hadir kerana hal kematian.. Slm takziah diri tujukan buat En. Hisyam sekeluarga atas pemergian kakak sulung beliau semoga roh arwah di tempatnya d'sisi Allah s.w.t. Al Fatihah..Amim..




Berbalik ke kisah diri di 1st camp,pelbagai keadaan yg kami lalui melalui aktiviti seperti camp craft,blind trail,orientering,navigation,night walk,solo night walk,managemant game dan class knotting dn first aid..




Hidup sebagai manusia tak terlepas dari membuat salah dan pelbagai ragam negatif timbul antara peserta..Marah,tak puas hati,kecil hatidan ada tahap di mana ada perserta yg menjawab dan terlepas kata menyelubungi situasi kami di sana..Mungkin kerana perkenalan antara peserta masih baru,tetapi sepatutnya pekara ini tidak timbul kerana kebanyakkan kami sudah mengenali antara satu sama lain..Diri mengharapkan agar final camp akan lebih baik dari 1st camp..




Sebagai peserta,diri ini memohon maaf kepada semua lecture,fasi dan juga instrukter yg terlibat jika perlakuan,percakapan,perbuatan dan segalanya tentang kami semasa 1st camp yg menyinggung perasaan lecture,fasi dan instrukter dan halalkan lah segala ilmu yg telah di berikan kepada kami..




Student UiTM shah alam dan INSTEDT bersatulah!!!




Minggu Persiapan Akhir..









Minggu ini oreintering merupakan pembelajaran terakhir sebelum bermulanya 1st camp..diri bersama kak lin as one team..semuanya berjalan dengan lancar..semua check point dapat kami jejaki..tapi ada satu chek point pnuh dgan nyamuk..mengerutu banyaknya..nasib baik semuanya baik..orientering satu aktiviti yg memerlukan ketepatan lebih2 lg di hutan..
Pada setiap malam minggu ini,tempat bermain kami di stor barang..
minggu ini kerahan tenaga kami lebih daripada biasa,hampir setiap malam kami ke stor untuk memastikan semua barang yg kami perlukan mencukupi seperti yg telah di senaraikan..
Dan detik2 1st capm bermula..


Tuesday, February 3, 2009

Sedih....

minggu ini tugas2 di stor di sambung semula..
tapi ketiadaan cat(Fakir) sebagai ketua biro peralatan kerana masalah kesihatan..
Tak pasti bila cat akan sembuh,tp kami semua mendoakan semoga cat cepat sembuh dan dapat mengikuti 1st camp ini..
Dengan ketiadaan cat pd masa ini,diri sebagai penolng biro peralatan akan menyambung tugas ini sehingga cat kembali..
tapi dengan berkat usaha kerjasama kami one team,insyallah semua peralatan yg di perlukan semasa di Bukit Cerakah akan kami sediakan secepat mungkin..Amin

Sunday, February 1, 2009

Hardworking gurlz..




Selepas waktu makan tengahari,kami group perempuan kembali semula ke stor untuk tujuan memeriksa semula khemah dan menambah bilangan khemah untuk 1st camp,semantara group lelaki tidak dapat bersama-sama mengikuti aktiviti ptg ini kerana ada kelas renang..


Pemeriksaan khemah ini selesai pada pukul 4ptg..


Moral yg saya nampak pada aktiviti ini ialah kerja yg memakan masa yang lama dapat kami selesaikan dgn jangka masa yg pendek..


"yg berat sama dipikul ,yg ringan sama di jinjing"


Minggu sibuk..







Minggu ini merupakan minggu sibuk bagi kami..pelbagai pekara yg kami perlu selesaikan sebelum bercuti..maklumlah,1st camp naik cuti..



lgpun minggu ini kelas outdoor tentang campcraft..



Daripada cara khemah di pasang,mendirikan khemah pusat dan cara2 mengemas kembali khemah kami pelajari..



Dari sini kami bergabung tenaga,dan dlm masa itu pelbagai telatah yg di lihat tetapi tiada lah sampai menjejaskan pembelajaran kami..



Tugas kami tidak habis di situ saja,selepas daripada kelas outdoor,kami bersama2 pergi ke stor untuk memunggah khemah di samping melihat barang2 yang kami perlukan semasa di vamp nanti..



Kemahiran baru..




Renang dan gymnastik antara subjek yg baru diri pelajari..pelbagai kemahiran yg diri pelajari tapi yg lebih penting,hubungan persahabatan antara kami semakin erat..Lebih2 lg 1st cam semakin hampir.. Kami akan sama2 sibuk selepas ini..

Sunday, January 18, 2009

PemBelajaRan d'aWal seMesteR


Antara aksi2 pembelajaran ikatan..

Encik Hisyam menunjukan cara2 membuat ikatan figure 8 follow through..















Pembelajaran d'awal semester banyak mengajar benda2 baru daripada kelas outdoor..
Antaranya...


Kelas outdoor kendalian Encik Hisyam bersama pembantunya mengajar diri tentang cara mengikat tali,simpulan dan cara mengikatnya dengan cara yang betul..






Friday, January 2, 2009


semesta kedua bermula dengan ikatan ukhwah antara kami..
futsal dan takraw menjadi aktiviti kami pada petang 2/januari/2009..

UiTM Di Hati ku..

6 bulan yang lepas, diri seorang junior yg hanya mampu merangkak..
baru mengenal erti hidup..
hidup seorang diri..
belajar mengenali diri..
6 bulan yang lepas, mencorakkan pelbagai kenangan suka duka..
bukan mudah mengharungi hidup tapi itu cuma sebagai ujian sementara..
Dan selepas ini ia akan menjadi asam garam kehidupan..