Saturday, February 28, 2009

TiaDa khaBar puN????

Hari ni 28 Feb,maknanya lg 2 minggu final camp akan bermula..
tapi tanda2 final camp mcm takda pun..
kenapa ni kwn2ku sekelian??mcm dh patah semangat je?
Bak kata angah CAMON..!!!!
mgkin sbb korang tertekan dgan perancangan final camp yg mcm tergangu..
kebanyakkan biro2 belum ada tnda2 untuk memulakan kerja..
Jom clazz kiter mulakan langkah seperti bgaimana yg kita buat semasa 1st camp..
Jom kita selasaikan final camp dengan jayanya..
Jom kita jadikan final camp sebagai kenangan team work terbaik kita sekelas..
Ibarat kata2 En. Hisyam mesti semangat jangan semayat!!!

Friday, February 27, 2009

Tasik Shah Alam ...

24 feb yg lepas kami meneruskan aktiviti kayak di tasik shah alam..
wlaupun aktiviti ini di tunda kerana masalah tertentu,akhirnya aktiviti ini berjalan dengan lancar...
pelbagai cara menyelamat yg kami belajar selain teori yg En. Hisyam berikan..
Di bantu oleh abg Shawn dan beberapa ahli alumni yg hadir untuk membantu dan memberi tunjuk ajar kepada kami..
Thanks juga kepada lecture dan ahli PERLU yg datang menbantu..
Pelbagai gelagat yg ada semasa aktiviti kayak,ada yg berlanggar,ada yg nak terbalik pn ada..nasib baik badan masih seimbang..
Thanks kapada Afic yg menjadi patner semasa aktiviti kayak..Best,laju je bot 2 bergerak ..
En Hisyam,kami nak kayak lg....

Thursday, February 26, 2009

GeeRRuunnNN...





pada 17 mac diri di dlam kelas outdoor telah menjalankan aktiviti outdoor ABSEILING..

pada mulanya aktiviti ini seharusnya di ketui oleh cat(Fakir) tapi malangnya kesihatan diri cat masih belum pulih sepenuhnya,dan Solihin dengan rela hati telah menawarkan diri untuk mengantikan tugas sepenuhnya untuk aktiviti abseiling..



Seawal pagi,group lelaki telah bersama2 mengakat barang untuk aktiviti abseiling ini..Antaranya helmet,gloves,boots,knee,ropes,harness,crabs...



Rapping dan run down merupakan aktiviti yg kami buat..



Pada diri aktiviti ini memberikan motivasi kepada diri ttg daya diri,keberanian,percaya diri..



Alhamdulillah,sebab semua aktiviti abseiling ini berjalan dengan lancar tanpa ada apa2 pekarayg buruk berlaku..



Kami puas!!!!

Wednesday, February 18, 2009

Lagi cerita 1st camp


Pagi ini clas nutrition selasai dgn cepat..tapi da satu cerita lawak yg berlaku pagi ini..

Seorang pelajar diri telah tertinggal box pencil kesayangan nya..

Kalau tak silap,ini kali kedua dia meninggalkan box pencilnya..

Kesian dia,mungkin penat 1st camp belum hilang lg..maklumlah,banyak sangat cerita dari kengan dan cerita Lucu..Di tambah pula dengan tugas untuk final camp..Hope pasnie dia lebih berhati-hati..


SAPA PUNYA BOX PENCIL NI??? CEPAT SEBELUM TERLAMBAT!!!!

Sunday, February 15, 2009

Akhirnya...




9 hriblan 2009


Hari ini selesailah 1st camp yg telah di rancang..


ucapan berbanyak terima kasih kepada semua yg terlibat menjayakan 1st camp ini,terutama sekali kepada lecture yg terlibat secara langsung dan tidak langsung,barisan Alumni,para fasi dan instrukter yg terlibat dgan memberi tunjuk ajar serta mengajar kami erti satu kumpulan dan erti hidup susah dan juga merasai nikmat hidup serta alam sekeliling..




Dalam pada itu,En Hisyam sebagai lecture kami tidakdapat hadir kerana hal kematian.. Slm takziah diri tujukan buat En. Hisyam sekeluarga atas pemergian kakak sulung beliau semoga roh arwah di tempatnya d'sisi Allah s.w.t. Al Fatihah..Amim..




Berbalik ke kisah diri di 1st camp,pelbagai keadaan yg kami lalui melalui aktiviti seperti camp craft,blind trail,orientering,navigation,night walk,solo night walk,managemant game dan class knotting dn first aid..




Hidup sebagai manusia tak terlepas dari membuat salah dan pelbagai ragam negatif timbul antara peserta..Marah,tak puas hati,kecil hatidan ada tahap di mana ada perserta yg menjawab dan terlepas kata menyelubungi situasi kami di sana..Mungkin kerana perkenalan antara peserta masih baru,tetapi sepatutnya pekara ini tidak timbul kerana kebanyakkan kami sudah mengenali antara satu sama lain..Diri mengharapkan agar final camp akan lebih baik dari 1st camp..




Sebagai peserta,diri ini memohon maaf kepada semua lecture,fasi dan juga instrukter yg terlibat jika perlakuan,percakapan,perbuatan dan segalanya tentang kami semasa 1st camp yg menyinggung perasaan lecture,fasi dan instrukter dan halalkan lah segala ilmu yg telah di berikan kepada kami..




Student UiTM shah alam dan INSTEDT bersatulah!!!




Minggu Persiapan Akhir..









Minggu ini oreintering merupakan pembelajaran terakhir sebelum bermulanya 1st camp..diri bersama kak lin as one team..semuanya berjalan dengan lancar..semua check point dapat kami jejaki..tapi ada satu chek point pnuh dgan nyamuk..mengerutu banyaknya..nasib baik semuanya baik..orientering satu aktiviti yg memerlukan ketepatan lebih2 lg di hutan..
Pada setiap malam minggu ini,tempat bermain kami di stor barang..
minggu ini kerahan tenaga kami lebih daripada biasa,hampir setiap malam kami ke stor untuk memastikan semua barang yg kami perlukan mencukupi seperti yg telah di senaraikan..
Dan detik2 1st capm bermula..


Tuesday, February 3, 2009

Sedih....

minggu ini tugas2 di stor di sambung semula..
tapi ketiadaan cat(Fakir) sebagai ketua biro peralatan kerana masalah kesihatan..
Tak pasti bila cat akan sembuh,tp kami semua mendoakan semoga cat cepat sembuh dan dapat mengikuti 1st camp ini..
Dengan ketiadaan cat pd masa ini,diri sebagai penolng biro peralatan akan menyambung tugas ini sehingga cat kembali..
tapi dengan berkat usaha kerjasama kami one team,insyallah semua peralatan yg di perlukan semasa di Bukit Cerakah akan kami sediakan secepat mungkin..Amin

Sunday, February 1, 2009

Hardworking gurlz..




Selepas waktu makan tengahari,kami group perempuan kembali semula ke stor untuk tujuan memeriksa semula khemah dan menambah bilangan khemah untuk 1st camp,semantara group lelaki tidak dapat bersama-sama mengikuti aktiviti ptg ini kerana ada kelas renang..


Pemeriksaan khemah ini selesai pada pukul 4ptg..


Moral yg saya nampak pada aktiviti ini ialah kerja yg memakan masa yang lama dapat kami selesaikan dgn jangka masa yg pendek..


"yg berat sama dipikul ,yg ringan sama di jinjing"


Minggu sibuk..







Minggu ini merupakan minggu sibuk bagi kami..pelbagai pekara yg kami perlu selesaikan sebelum bercuti..maklumlah,1st camp naik cuti..



lgpun minggu ini kelas outdoor tentang campcraft..



Daripada cara khemah di pasang,mendirikan khemah pusat dan cara2 mengemas kembali khemah kami pelajari..



Dari sini kami bergabung tenaga,dan dlm masa itu pelbagai telatah yg di lihat tetapi tiada lah sampai menjejaskan pembelajaran kami..



Tugas kami tidak habis di situ saja,selepas daripada kelas outdoor,kami bersama2 pergi ke stor untuk memunggah khemah di samping melihat barang2 yang kami perlukan semasa di vamp nanti..



Kemahiran baru..




Renang dan gymnastik antara subjek yg baru diri pelajari..pelbagai kemahiran yg diri pelajari tapi yg lebih penting,hubungan persahabatan antara kami semakin erat..Lebih2 lg 1st cam semakin hampir.. Kami akan sama2 sibuk selepas ini..