Friday, April 10, 2009

iNi laH aKu..

diri di lahirkan di dalam keluarga yang besar..4 lelaki 4 perempuan..anak ke-7 dari 8 adik beradik..kasih sayang emak dan abah cukup bermakna dalam hidup diri..kasih sayang yang membawa diri mengenal erti hidup..Di lahirkan di dalam kelemgkapan yang cukup mebuat diri memanjatkan kesyukuran..tapi tidak pula bagi akak dan abang sebelum ini..pergi ke sekolah dengan berjalan kaki,duit saku hanya sekupang dua,salah sikit di pukul,di marah..Lain pula ceritta diri,pergi ke sekolah berhantar di jemput,dua saku seringgit dua,salah sikit di tegur..Tetapi alhamdulillah,tak pernah diri terfikir untuk mengambil kesempatan..keseronokkan zaman kanak-kanak diri hanya sementara,masa bermain terhad,terasa seperti di sekat..banyak masa kanak-kanak diri habiskan dengan duduk di rumah..ini semua oleh kerana keadaan akak kedua yang sakit secara tiba-tiba..dan diri terpaksa mengantikan segala tugas yang sepatutnya di lakukan oleh orang dewasa..masak,membasuh,kerja-kerja rumah terpaksa diri lakukan dalam usia kecil.Menangis,merengek dan memberontak..ini sahaja yang mampu diri lakukan untuk mengelak membuat kerja-kerja rumah ini.Tapi akhirnya diri juga yang terpaksa lakukan,perhatian mak dan abah lebih kepada akak.layanan kapada akak melebihi diri dan adik..Tapi sekarang ..Umur semakin meningkat semakin banyak benda yang telah diri pelajari..mungkin ini lah hikmahnya dari apa yang berlaku..Melihat keadaan akak yang sakit,membuatkan diri banyak berfikir..akak memang patut mendapat lebih kasih sayang daripada mak dan abah..Diri tidak pernah mencemburui tentang kasih sayang dan perhatian yang di berikan abah dan mak kepada akak sebab diri tahu,mak dan abah memang menyangi anak-anaknya..Mak dan abah telah banyak mengajar diri tentang kehidupan..Nasib yang menimpa keluarga banyak mematangkan diri .Terima kasih mak abah!!!!

1 comment:

  1. usah dipertikaikan kasih sayang orang tua. cubaan dan dugaan ada hikmahnya. sebagai hambaNya, kita redha....

    ReplyDelete